Beberapa cara yang boleh diambil kira supaya dapat menarik anak muda lebih mengemari mengunjungi ke masjid berbanding mengunjungi ke tempat yang lain.
Antaranya ialah:
1. Libatkan orang muda dalam Ahli Jawankuasa masjid.
Ahli jawatankuasa masjid seharusnya memainkan peranan untuk menarik minat para pemuda dan memahami apa yang diminati mereka. Antaranya dengan memperbanyakkan aktiviti yang diminati mereka seperti menganjurkan aktiviti bersukan dan riadah. Seterusnya, Beri insentif kepada orang muda untuk melazimi masjid dan aktif dalam kemasyarakatan di bawah anjuran masjid. Hal ini dapat mencegah remaja zaman sekarang agar tidak terpesong akidah dan akhlak mereka kerana pada zaman globalisasi ini maklumat hanya dihujung jari dan banyak agenda-agenda barat yang mempengaruhi anak muda zaman kini seperti budaya punk
2. Penggunaan alat teknologi
i) Projektor LCD ketika khutbah/kuliah. Jemaah dapat melihat ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan dapat mengingati isi-isi yang disampaikan dengan lebih baik.
ii)Sistem PA yang baik dapat membantu bacaan Imam ketika solat dan penyampaian khutbah/kuliah. Melabur sedikit untuk keperluan ibadah yang berkualiti tidak akan merugikan.
3. Prasarana, infrastruktur dan kemudahan di masjid
Menyediakan prasarana infrastruktur dan kemudahan di masjid dengan lebih menarik dan mesra-jemaah untuk penggalakkan aktiviti pengimarahan masjid, hal ini dapat menarik minat para jemaah untuk datang ke masjid kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti mesin air minuman. Selain itu, Membina tempat yang serasi dan selesa bagi orang muda seperti coffee corner dan juga wifi untuk kegunaan ketika kelas ceramah atau tazkiran.
4. Menjadikan masjid sebagai tempat penyaluran dana infak , sedekah , zakat , bantuan , wakaf.
Kita hendaklah menjalin hubungan dan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun serta NGO untuk sebarang aktiviti pengimarahan masjid sama ada dari sudut pengimarahan ataupun penajaan dan penganjuran bersama supaya dapat menampung keperluan aktiviti dari segi wang ringgit atau keperluan di masjid serta untuk membantu membasmi kemiskinan sama ada di peringkat kampong , daerah , wilayah dan negeri.
5. Kelas ceramah dan tazkirah untuk menjawab isu berkaitan kehidupan yang dialami oleh golongan muda.
Pihak bertanggungjawab seperti pihak masjid perlu membuat aktiviti yang dapat menarik minat anak muda untuk kemasjid seperti mengadakan ceramah khas untuk orang muda yang menjawab tentang isu berkaitan masalah kehidupan yang dialami oleh mereka atau ceramah tentang perkahwinan untuk golongan anak muda. Hal ini kerana anak muda memerlukan petunjuk dan bimbingan dalam menyelesaikan masalah dan memerlukan persediaan untuk ke alam perkahwinan.
No comments:
Post a Comment