Saturday, 15 April 2023

KESIMPULAN

 



Secara tuntasnya, tanggungjawab mengimarahkan masjid merupakan peranan umat Islam bersama. Kita hendaklah menjaga dan mengimarahkan masjid demi kemaslahatan ummah. Selangor itu, Masjid merupakan institusi penting dalam membangunkan masyarakat. Peranan masjid merupakan agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan masyarakat.

Seterusnya, Setiap individu Muslim haruslah mengambil bahagian dalam memastikan masjid terus menjadi pusat tumpuan umat Islam untuk beribadah dan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan agama. Tanamlah niat untuk menghadirkan diri ke masjid setiap hari dan bukan hanya terhad pada bulan Ramadhan sahaja.

Kami juga berharap melalui perkongsian ini, hati golongan muda akan lebih terbuka untuk mengimarahkan atau meramaikan masjid – masjid yang kini kian sepi dan hanya dikunjungi oleh golongan tua yang sudah lanjut usianya. Janganlah sampai pada kali pertama kita ke masjid bukan lagi sebagai Jemaah mahupun imam tetapi sebagai orang yang disolatkan buat kali terakhir sebelum dikebumikan.


Sekian Terima Kasih. 

Friday, 14 April 2023

CONTOH-CONTOH MASJID MEMBUAT PENDEKATAN UNTUK MENARIK MINAT ANAK MUDA KE MASJID

Masjid Temerloh Jaya,Pahang



Masjid Temerloh Jaya (MTJ) antara masjid yang paling imarah di Malaysia dengan kehadiran solat secara berjemaah. Masjid ini juga dikatakan setiap waktu solat pasti ramai jemaah sekali pun pada waktu Solat Subuh. Masjid ini menggunakan pendekatan yang lebih halus dalam menawan golongan remaja. Antaranya ialah lokasi yang strategik iaitu berada di dalam sebuah taman perumahan yang pastinya diketahui oleh orang khususnya penghuni Taman Temerloh Jaya.  Selain itu, mereka mempunyai pihak pengurusan yang baik dan cekap. Seterusnya, pihak pengurusan telah melancarkan kempen 10 Saf terutamanya bagi solat Maghrib, Isyak dan Subuh.Disamping itu, pihak pengurusan MTJ setiap masa memperingatkan kepada jemaah yang datang supaya cabar diri, datang solat jemaah dan ajak juga jiran sebelah rumah datang sekali. Selain itu juga, dijemput juga penceramah setiap hari bagi mengingatkan tentang bawah kelebihan solat jemaah, tentang ganjaran solat jemaah dan sebagainya serta turut mengadakan ceramah, kelas al-Qurandan tazkiran.  Tidak lupa juga, setiap hari Khamis minggu pertama setiap bulan, pihak Masjid ada sediakan makan malam kepada semua jemaah. Ini juga antara cara mereka menarik minat untuk orang ramai datang Masjid.


CARA MENARIK JEMAAH KE MASJID

 


Beberapa cara yang boleh diambil kira supaya dapat menarik anak muda lebih mengemari mengunjungi ke masjid berbanding mengunjungi ke tempat yang lain.

Antaranya ialah:

1. Libatkan orang muda dalam Ahli Jawankuasa masjid.


Ahli jawatankuasa masjid seharusnya memainkan peranan untuk menarik minat para pemuda dan memahami apa yang diminati mereka. Antaranya dengan memperbanyakkan aktiviti yang diminati mereka seperti menganjurkan aktiviti bersukan dan riadah. Seterusnya, Beri insentif kepada orang muda untuk melazimi masjid dan aktif dalam kemasyarakatan di bawah anjuran masjid. Hal ini dapat mencegah remaja zaman sekarang agar tidak terpesong akidah dan akhlak mereka kerana pada zaman globalisasi ini maklumat hanya dihujung jari dan banyak agenda-agenda barat yang mempengaruhi anak muda zaman kini seperti budaya punk

2. Penggunaan alat teknologi


i) Projektor LCD ketika khutbah/kuliah. Jemaah dapat melihat ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan dapat mengingati isi-isi yang disampaikan dengan lebih baik.

ii)Sistem PA yang baik dapat membantu bacaan Imam ketika solat dan penyampaian khutbah/kuliah. Melabur sedikit untuk keperluan ibadah yang berkualiti tidak akan merugikan.

3. Prasarana, infrastruktur dan kemudahan di masjid 


Menyediakan prasarana infrastruktur dan kemudahan di masjid dengan lebih menarik dan mesra-jemaah untuk penggalakkan aktiviti pengimarahan masjid, hal ini dapat menarik minat para jemaah untuk datang ke masjid kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti mesin air minuman. Selain itu, Membina tempat yang serasi dan selesa bagi orang muda seperti coffee corner dan juga wifi untuk kegunaan ketika kelas ceramah atau tazkiran.

4. Menjadikan masjid sebagai tempat penyaluran dana infak , sedekah , zakat , bantuan , wakaf. 


Kita hendaklah menjalin hubungan dan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun serta NGO untuk sebarang aktiviti pengimarahan masjid sama ada dari sudut pengimarahan ataupun penajaan dan penganjuran bersama supaya dapat menampung  keperluan aktiviti dari segi wang ringgit atau keperluan di masjid serta untuk membantu membasmi kemiskinan sama ada di peringkat kampong , daerah , wilayah dan negeri.

5. Kelas ceramah dan tazkirah untuk menjawab isu berkaitan kehidupan yang dialami oleh golongan muda.


Pihak bertanggungjawab seperti pihak masjid perlu membuat aktiviti yang dapat menarik minat anak muda untuk kemasjid seperti mengadakan ceramah khas untuk orang muda yang menjawab tentang isu berkaitan masalah kehidupan yang dialami oleh mereka atau ceramah tentang perkahwinan untuk golongan anak muda. Hal ini kerana anak muda memerlukan petunjuk dan bimbingan dalam menyelesaikan masalah dan memerlukan persediaan untuk ke alam perkahwinan.

CONTOH MASJID YANG JARANG DIKUNJUNGI


MASJID KAMPUNG PEK, MACHANG


1. Ruang solat tidak menampung kapasiti jemaah. 

Pada waktu tertentu bagi menunaikan ibadah khusus seperti solat Jumaat, solat Terawih, solat Aidilfitri dan Aidiladha.  Ruang solat yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah jemaah yang hadir untuk menunaikan solat.Maka penduduk terdekat juga kurang tertarik untuk pergi ke masjid dan lebih memilih untuk melaksanakan solat di rumah .



2. kemudahan tempat letak kereta (kurang). 

Sesetengah penduduk yang datang untuk solat di masjid biasanya akan menaiki kenderaan , maka kemudahan untuk meletakkan kenderaan adalah penting bagi mereka yang menggunakan kenderaan . Pihak masjid perlu memperbanyakkan lagi tempat meletakkan kenderaan bagi memudahkan jemaah di masjid .


3. Tempat ambil air wudhuk dan tandas yang kotor. 

Jemaah yang datang ke masjid pasti akan menggunakan tempat untuk mengambil wudhuk dan tandas , maka ini akan mengurangkan keselesaan jemaah dan pengguna malah mengurangkan minat umat Islam untuk mengunjungi rumah Allah itu.Maka pihak masjid dan semua pengguna hendaklah bertanggungjawab untuk saling menjaga kebersihan masjid .

4. Suasana masjid yang suram. 

Hal ini terjadi kerana , sesetengah kelomopok jarang menggunakan masjid untuk mengadakan aktiviti seperti ceramah , majlis ilmu dan sebagainya , kelompok tersebut lebih memilih untuk mengadakan program tersebut di tempat tempat tertentu dan tiada kesepakatan untuk mengimarahkan lagi masjid tersebut . Pegguna seharusnya menggunakan masjid untuk mengadakan program seperti yang disebut supaya suasana masjid lebih meriah dan tidak terlihat suram.


5. Infrastruktur masjid yang tidak menarik iaitu cat sudah luntur. 

Cat yang luntur juga akan menyebabkan masjid terlihat suram , dengan mengecat semula masjid ia akan 'menukarkan wajah' rumah ibadat tersebut menjadi lebih ceria . Hal ini kerana keadaan fizikal di masjid yang ceria akan menarik minat orang ramai untuk singgah beribadat

PENGENALAN

 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga, sahabat-sahabat baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Sebelum kami menyatakan tentang penambahbaikan dan cadangan masjid untuk menarik golongan muda, Kami ingin menyatakan definisi, peranan dan firman ALLAH SWT dalam mengimarahkan masjid.


Definisi;

Masjid berasal daripada kata nama (سجد) yang bermaksud sujud. Manakala makna masjid dari sudut istilah pula ialah bangunan yang dibina untuk menunaikan solat di dalamnya kerana Allah SWT, beribadat kepada-Nya dengan ikhlas. Masjid juga adalah dikhususkan uruf pada tempat yang didirikan solat lima waktu dan tidaklah termasuk musolla tempat berkumpul untuk solat-solat tertentu seperti sunat hari raya, solat jenazah dan lain-lain. 


Antara peranan masjid ialah:

1.Masjid berperanan sebagai tempat pembinaan ruhiyyah.

2.Masjid berperanan sebagai tempat memarakkan sosial masyarakat.

3.Masjid sebagai tempat pengajaran dan latihan.

4.Masjid sebagai tempat meleraikan kusut kehidupan seperti qadha’ dan lain-lain.

5.Masjid sebagai tempat mengatur sistem politik seperti syura, bai’ah dan membuat resolusi serta keputusan yang besar.


Firman ALLAH SWT;


(al-Taubah ayat 18)

إنما يعمر مساجد الله من امن باللّه واليوم الآخر وأقام الصلاة وآتى الزكاة ولم يخش إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين

Maksudnya:

“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut), maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”


(Riwayat Imam At-Tarmizi / 1060 )

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ

Maksudnya: Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya

EDITORS

 


NAMA PENSYARAH : PUAN ROHANA BT ABDULLAH (MPU23042)(2)

DPM2B

MAYA ARENA BT OTHMAN
(04DPM22F1088)


NIDA UL HUSNA BT ZAMRI
(04DPM22F1093)


NUR BALQIS NASUHA BT MAH ZAKI
(04DPM22F1053)


NURUL NAZIRA ILYANA BT 
MOHAMMAD KHAIRUL
(04DPM22F1030)


TENGKU NUR IDIL FITRIAH BT TENGKU NOR IZUZU
(04DPM22F1097)




KESIMPULAN

  Secara tuntasnya, tanggungjawab mengimarahkan masjid merupakan peranan umat Islam bersama. Kita hendaklah menjaga dan mengimarahkan masjid...