![]() |
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga, sahabat-sahabat baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Sebelum kami menyatakan tentang penambahbaikan dan cadangan masjid untuk menarik golongan muda, Kami ingin menyatakan definisi, peranan dan firman ALLAH SWT dalam mengimarahkan masjid.
Definisi;
Masjid berasal daripada kata nama (سجد) yang bermaksud sujud. Manakala makna masjid dari sudut istilah pula ialah bangunan yang dibina untuk menunaikan solat di dalamnya kerana Allah SWT, beribadat kepada-Nya dengan ikhlas. Masjid juga adalah dikhususkan uruf pada tempat yang didirikan solat lima waktu dan tidaklah termasuk musolla tempat berkumpul untuk solat-solat tertentu seperti sunat hari raya, solat jenazah dan lain-lain.
Antara peranan masjid ialah:
1.Masjid berperanan sebagai tempat pembinaan ruhiyyah.
2.Masjid berperanan sebagai tempat memarakkan sosial masyarakat.
3.Masjid sebagai tempat pengajaran dan latihan.
4.Masjid sebagai tempat meleraikan kusut kehidupan seperti qadha’ dan lain-lain.
5.Masjid sebagai tempat mengatur sistem politik seperti syura, bai’ah dan membuat resolusi serta keputusan yang besar.
Firman ALLAH SWT;
(al-Taubah ayat 18)
إنما يعمر مساجد الله من امن باللّه واليوم الآخر وأقام الصلاة وآتى الزكاة ولم يخش إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين
Maksudnya:
“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut), maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
(Riwayat Imam At-Tarmizi / 1060 )
إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
Maksudnya: Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya
No comments:
Post a Comment